BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 4, 2009

MARAH, BENCI & MAAF

Setiap manusia pasti mengalami perasaan marah dan benci terhadap seseorang. Sekali pandang, ia adalah lumrah manusia dan perkara yang terlalu remeh untuk dibincangkan. Setakat mana seseorang itu mampu mengawal perasaan marah dan benci kita itu tentunya mempunyai hubung kait dengan tahap imannya.

Marah dan benci pada ibu atau ayah, adik beradik, saudara mara, rakan, bekas kekasih, bekas tunang, bekas suami atau isteri, bos atau sebagainya hanya kerana apa yang dilakukan oleh mereka itu tidak menepati seperti apa yang kita kehendaki.
Perasaan marah dan benci ini jika tidak dapat dikawal dengan akal yang rasional dan iman yang mantap, ia akan membawa kepada perasaan dendam dan seterusnya boleh menyebabkan seseorang itu bertindak sehingga di luar batasan akal, kemampuan dan agama.


Senario sebegini seringkali kita saksikan berlaku diluar negara malah ada juga beberapa kes yang berlaku di dalam negara. Akibat terlalu marah, benci dan dendam pada sesuatu pihak, seseorang itu boleh bertindak ekstrem dan melulu. Antaranya melepaskan tembakan rambang di sekolah atau tadika, lari dari rumah, sisihkan malah cederakan ibubapa, keluarga atau saudara, mengambil dadah, minum arak (kononya untuk tenangkan fikiran) dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang sanggup membunuh diri sebagai tanda ‘protes’.

Tetapi cuba kita fikirkan, apa yang kita dapat jika kita terus menyimpan perasaan marah dan benci ini di dalam hati. Adakah ia akan membuatkan hati dan akal kita tenang, gembira atau bahagia? Adakah ia dapat menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi? Atau semakin lama kita menyimpannya, semakin ‘sesak’ hati dan fikiran kita, semakin berserabut dan tidak tenteram jiwa kita.

Walaubagaimanapun, marah dan benci sebenarnya bukanlah bersifat mazmumah atau buruk semata-mata. Di dalam Islam, jika wajib mempunyai perasaan marah dan benci terhadap perbuatan maksiat. Dengan kata lain, marah dan benci perlu kena pada tempat dan situasinya. Islam juga telah mengajar kita bagaimana cara terbaik untuk menangani perasaan-perasaan mazmumah ini. Antaranya berwuduk, ubah kedudukan dan sebagainya.

Satu cara lagi yang diajarkan oleh Islam ialah dengan memberi maaf. Maaf. Cukup mudah untuk diungkapkan tapi sukar dipraktikkan. Samada memohon maaf, apatah lagi memberi maaf. Terutamanya jika kesalahan yang dilakukan terhadap kita itu benar-benar menyakitkan hati dan meninggalkan kesan yang mendalam.



Tetapi sebenarnya dengan memaafkan kesalahan orang lain dengan seikhlas hati ( bukan hanya maaf di mulut ) akan memberi kesan yang amat besar terhadap hati, jiwa dan kehidupan kita. Dengan memaafkan orang lain, hati jiwa akan menjadi lebih tenang dan jiwa lebih tenteram.

Berikut adalah tips yang boleh saya hulurkan untuk memudahkan kita memaafkan kesalahan orang lain:

1. Anggaplah dan ingatlah bahawa semua manusia itu tidak sempurna. Setiap manusia pasti melakukan kesalahan. Begitu jugalah dengan orang yang kita marah atau benci itu, dia juga insan biasa seperti kita. Oleh itu, walau sebesar mana kesalahannya terhadap kita, cubalah sedaya upaya untuk memaafkan dan melupakan kesalahannya itu.

2. Anggap kesalahan yang dilakukan itu sebagai suatu perkara yang kecil dan remeh yang tak perlu diambil berat atau serius.

3. Hanya ALLAH yang berhak menghukum dan membalas segala perbuatan manusia. Oleh itu, kita tak perlu terlalu fikirkan tentang kesalahan yang dilakukan terhadap kita itu. Serahkannya kepada ALLAH.

4. Ingatlah, ALLAH akan memberikan ganjaran istimewa kepada kita di akhirat nanti jika kita memaafkan kesalahan orang lain.



5. Fikirkan bahawa mungkin orang tersebut lakukan kesalahan terhadap kita itu secara tidak sengaja.

6. Anggaplah setiap perbuatan manusia terhadap kita adalah tarbiah dari ALLAH untuk kita, melalui orang tersebut. Oleh itu, kita tak perlu susah2 nak marahkan orang yang dah buat kita marah, sakit hati atau benci itu. Maafkanlah.

7. Jika orang yang kita marah itu adalah ibu ayah atau suami kita, maka ingatlah bahawa sebesar mana kesalahan mereka itu terhadap kita, kita wajib hormat mereka sebagai ibu ayah atau suami.

8. Orang yang selalu memaafkan kesalahan orang lain akan mempunyai hati yang tenang dan jiwa yang lapang.

9. Memaafkan kesalahan orang lain juga adalah special treatment untuk jadi awet muda dan wajah berseri. Ehek..

Semoga ALLAH kuatkan hati dan iman kita untuk menjadi seorang yang sabar dan mudah memaafkan kesalahan orang lain. Moga dengan memaafkan kesalahan orang lain akan memudahkan ALLAH mengampunkan kesalahan-kesalahan kita. Amin…

Monday, August 3, 2009

Tali inci ....???


Assalamualaikum…

Pada 25 Julai 2009, Sabtu yang lepas lisa telah hadiri LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) di sekolah. Alhamdulillah, banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi dari penceramah jemputan iaitu En. Shamsuddin dan En. Shuahami b Endut dari Unit Kaunseling, JPNT.

Antara perkara yang amat berguna dan ingin lisa kongsikan di sini ialah analogi umur kita dengan tali inci (yang biasa digunakan oleh tukang jahir untuk mengukur tu la). Panjang semua tali inci ialah 60 inci dan setiap tali inci mempunyai 3 inci panjang tambahan. Oleh itu jumlah panjang sebenar tali inci ialah 63 inci. Angka 63 ini juga merupakan umur Rasulullah s.a.w ketika wafat.

Oleh itu, cuba kita lihat tali inci dan tandakan di manakah angka umur kita pada tali inci tersebut. 25 tahun? 30 tahun? 35 tahun? 45 tahun? 50 tahun? atau sebagainya. Kemudian lihatlah baki panjang tali inci yang ada lagi. Andaikata umur kita adalah 30 tahun, maka dah setengah tali inci kita habiskan dan tinggal setengah lagi ( andai usia kita mati sama cam Rasulullah s.a.w – 63 tahun). Apakah usia kita yang kita habiskan pada setengah yang pertama ( 0 – 30 ) tali inci tadi benar-benar kita gunakan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Adakah ia telah kita penuhi dengan amalan-amalan baik atau sebaliknya. Adakah semua kerja dan amanah yang diberikan kepada kita selama ini telah kita lakukannya dengan sempurna?

Kata penceramah,adakah selama usia yang telah dilalui ini kita tak ponteng kerja, kita telah lakukan kerja dengan sungguh-sungguh, kita tak curi masa atau curi tulang semasa kerja, kita tak bawa balik harta2 pejabat (pen, sampul surat, kertas, fail, pemadam atau sebagainya) ke rumah untuk kegunaan peribadi atau keluarga, kita telah lakukan solat, puasa dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna?

Jika tidak…. Adakah kita yakin kita dapat habiskan usia kita sehingga ‘ke hujung tali inci’ dan adakah baki tali inci yang tinggal itu dapat menampung kembali apa yang telah kita lakukan atau kita tinggalkan semasa bahagian pertama tali inci tadi? Oleh itu, bermula daripada hari ini, saat ini, detik ini, kita tanamkan dan tekadkan dalam hati serta bulatkan semangat untuk kita ‘habiskan baki tali inci’ kita yang ada lagi ini dengan sesuatu yang lebih baik dan berkualiti. Jadikan titik tanda umur kita pada tali inci sebagai titik permulaan dalam kita merubah diri kita ke arah yang lebih baik samada dalam hubungan kita dengan ALLAH mahupun dengan manusia lain (suami/isteri, anak-anak, ibubapa, anak didik, pengikut-pengikut, ketua, guru, rakan taulan, saudara mara dan saudara seislam kita).

Wallahu’alam.

**untuk memahami dan mendapatkan kesan yang lebih mendalam, anda perlu melihat sendiri ukuran umur anda pada tali inci. Oleh itu, gi la cari tali inci… ahak.

Monday, June 15, 2009

Something that we need to think..

Assalamualaikum my dear friends..

I took this articel from Che Det blogspot(Dr M). Sesuatu yang amat menarik untuk dinilai secara ilmiah. Ketepikan semua fahaman politik atau sebagainya. Baca lah dengan minda yang terbuka dan atas kesedaran sebagai seorang muslim.

Wallahu'alam..


Tun Dr Mahathir wrote:

Dear Rob,

1. I hope this is your name. I am always saddened by the ignorance of the average American. Yet America is so powerful that directly or indirectly it rules the world. For a country with ignorant people to rule the world it is an unmitigated disaster.

2. Clearly you have never been to Malaysia. But if I may say so we are not obsolete. But I admit we have only primitive weapons for our defence. You can, with a few nuclear bombs wipe our country from the surface of this earth.

3. Sorry for the 3,000 of your innocent citizens incinerated in their place of employment. At least three of those incinerated were actually Malaysians. I understand hardly any Jews were in the building. They were not incinerated.

4. But consider the 300,000 Vietnamese, 50,000 Afghans, 100,000 Iraqis whom you have killed. Mostly they were not soldiers. They were not working in the offices either. They were babies, schoolchildren, sick men and women in hospitals. Of course they could all be terrorists, including the babies and the schoolchildren.

5. Who are terrorists? Are they only the suicide bombers? What about the countries, which sent their soldiers, air force, navy with tanks and guns and rocket launchers, and bomber and fighter planes to shock and awe and to kill people by the thousands. Aren't their victims (the children, old men and women, the sick in the hospitals) terrified when they hear bombers flying above, when bombs and shells burst around them, killing their fathers and mothers, their brothers and sisters; when any time they themselves would be blown to pieces. Aren't they terrified?



6. If they are terrified aren't the people who terrify them also terrorists? If you have a right to kill "terrorists" (also to detain and torture them), then they have a right to kill the terrorists who attacked and kill them and their people. I don't like terrorism but I also don't like terrorism by Governments. Both terrify.

7. We are primitive of course because we defend ourselves with primitive weapons. You train your children to kill by launching rockets from a thousand miles away, bombing with planes beyond the range of the primitive guns of your victims. You don't have to be frightened of us. But we must be frightened of the murdering bullies whom you think so highly of.


8. Saddam had killed people and buried them in mass graves. You kill many times more Iraqis, Afghans and Vietnamese and left them unburied, to rot and to be eaten by dogs. Remember My Lai?

9. May I know who were fed to the lions by Saddam. You must be absolutely ignorant if you are not aware how unfettered capitalism has actually destroyed your own country.

10. Yes the United Nations is a waste of money. That is because the US prevents it from carrying out its work to restore peace and justice in this world.

11. I think you need to go to school to improve your knowledge and understanding of what is happening around you, not American school of course because obviously they don't teach anything beyond glorifying the genocides perpetrated by you throughout history.

Wednesday, January 7, 2009

Kita : antara Palestine dan Israel




Sejak akhir-akhir ini kita digegarkan dengan isu-isu jenayah kemanusiaan yg dilakukan oleh yahudi laknatullah terhadap saudara-saudara kita di palestine. Berita-berita di tv dan radio tidak lekang melaporkan maklumat terkini bilangan rakyat palestine yang shahid, cedera dan sebagainya. Setiap kali mendengar berita-berita, melihat gambar, visual dan rakaman jenazah anak-anak kecil palestine diusung, melihat wajah kesedihan dan keperitan wanita dan anak palestine, setiap kali itu lah hati kita diragut rasa sedih, kasihan dan pilu terhadap nasib rakyat palestine. Dan setiap kali itu juga lah kita merasa geram, benci, sakit hati terhadap yahudi laknatullah.


Tapi adakah cukup setakat menyatakan perasaan-perasaan itu sahaja?? Adakah cukup dengan titisan airmata, mengutuk yahudi, doa utk palestine, perbincanngan demi perbincangan dan demostrasi sahaja??? Adakah itu semua dapat membantu meringankan beban rakyat palestine dan menghentikan yahudi dari terus melakukan keganasan???

Sememangnya benar, doa itu adalah senjata mukmin. Tetapi harus kita ingat, doa tanpa disusuli dengan usaha yang sepadan tidak akan membuahkan hasil. Persoalannya, apakah tindakan dan usaha yang telah kita lakukan untuk membuktikan kecintaan dan sokongan kita untuk saudara-saudara di Palestine??


Ada pihak yang mengambil inisiatif untuk menjejak dana yahudi dari syarikat-syarikat dan penjualan produk-produk tertentu. Dr Yusuf Qadarawi juga telah mengeluarkan fatwa tentang pemboikotan barangan israel dan sekutunya sejak 14 April 2004 lagi;


”If people ask in the name of religion we must help them. The vehicle of this support is a complete boycott of the enemies’s goods. Each riyal dirham.. ect. used to but their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is obligation not to help them (enemies of islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppresion and aggresion. Buying goods from them will strengthen them; our duty is to make them as weak as we can. Our obligation is to strengthen our resisting brothers in the Sacred Land as much as we can. If we cannot strengthen the brothers, we have a duty to make the enemy weak. If their weakness can be achieved by boycott, we must boycott them.”


Bagaimana dengan kita?? Adakah kita juga turut serta memboikot barangan israel atau kita masih lagi ‘setia’ memberikan wang kita kepada yahudi laknatullah.



Di saat wanita, pemuda-pemudi, anak-anak kecil palestien bergelut dengan peluru, roket, motar dan bom dari yahudi laknatullah, kita masih lagi terus mengunjugi KFC, McD, Starbuck.. kita masih lagi meneguk cola-cola, sunkist, sprite…kita masih lagi berhias dengan L’oreal, JohnsonnJohnson, Maybelline.. kita masih lagi memilih Nokia, Kit-kat dan sebagainya..

Wah.. tadi bukan main kita menangis melihat rakyat palestine.. bukan main lagi kita mengutuk yahudi.. tapi kini kita lupa lagi.. lupa atau buat-buat lupa.. kita terus menyokong yahudi secara ’senyap’. Kita hulurkan ’bantuan kewangan’ kepada yahudi melalui barang-barang yang kita beli.


Syabas dan tahniah kepada Hypermarket SABASUN di Kuala Terengganu yg telah turut sama memboikot produk-produk israel dan terus menerus menyampaikan info tentang perjuangan rakyat palestine. Usaha dan tindakan SABASUN ini patut dijadikan contoh dan ikutan hypermarket, supermarket, kedai borong, kedai runcit lain terutamanya yang dimiliki oleh orang muslim.


Tidakkah kita terfikir, di saat ekonomi dunia merudum, beberapa syarikat gergasi di Amerika Syarikat menggulung tikar, beribu-ribu pekerja hilang pekerjaan, tetapi Yahudi laknatullah itu masih ’selamba’ melaburkan jutaan dolar untuk menghancurkan palestine. Dari manakah mereka mendapat sebegitu banyak dana? Tidakkah mereka terjejas dengan kemelesetan ekonomi kapitalis ini?


Jawapannya mudah saja.. tentunya dana-dana itu dari orang-orang islam yang terus menerus membeli produk-produk mereka. Walau hanya seringgit seorang, jika 1000 orang islam yang membeli, senang-senang saje si yahudi mendapat RM1000. Dan kita pula ’senang-senang’ saje lah nanti menjawab di hadapan ALLAH tentang wang yang kita laburkan itu.


Oleh itu, ayuh lah kita sama-sama berganding bahu untuk memboikot

sebanyak mungkin produk israel. Kini, banyak produk tempatan yang boleh dijadikan sebagai alternatif. Cuma tinggal kita mahu atau tidak sahaja. Segalanya terserah pada kita.


Jika kita ada kemampuan untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada rakyat palestine, bolehlah kita salurkan kepada badan-badan yang sah seperti aman palestine. Selain itu, kita juga boleh mengambil anak angkat palestine melalui aman palestine. Kita hanya perlu mengamanahkan wang kepada aman palestine dan seterusnya pihak aman palestine yang akan menguruskan pemberian wang tersebut kepada pihak anak angkat di palestine.


Jika semua itu tidak mampu kita lakukan, maka ayuh lah kita BOIKOT PRODUK ISRAEL!!! Berhentilah menjadi ’penyumbang setia’ kepada yahudi laknatullah.


Wallahu’alam.


7 Januari 09

11: 06 am