BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 3, 2009

Tali inci ....???


Assalamualaikum…

Pada 25 Julai 2009, Sabtu yang lepas lisa telah hadiri LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) di sekolah. Alhamdulillah, banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi dari penceramah jemputan iaitu En. Shamsuddin dan En. Shuahami b Endut dari Unit Kaunseling, JPNT.

Antara perkara yang amat berguna dan ingin lisa kongsikan di sini ialah analogi umur kita dengan tali inci (yang biasa digunakan oleh tukang jahir untuk mengukur tu la). Panjang semua tali inci ialah 60 inci dan setiap tali inci mempunyai 3 inci panjang tambahan. Oleh itu jumlah panjang sebenar tali inci ialah 63 inci. Angka 63 ini juga merupakan umur Rasulullah s.a.w ketika wafat.

Oleh itu, cuba kita lihat tali inci dan tandakan di manakah angka umur kita pada tali inci tersebut. 25 tahun? 30 tahun? 35 tahun? 45 tahun? 50 tahun? atau sebagainya. Kemudian lihatlah baki panjang tali inci yang ada lagi. Andaikata umur kita adalah 30 tahun, maka dah setengah tali inci kita habiskan dan tinggal setengah lagi ( andai usia kita mati sama cam Rasulullah s.a.w – 63 tahun). Apakah usia kita yang kita habiskan pada setengah yang pertama ( 0 – 30 ) tali inci tadi benar-benar kita gunakan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Adakah ia telah kita penuhi dengan amalan-amalan baik atau sebaliknya. Adakah semua kerja dan amanah yang diberikan kepada kita selama ini telah kita lakukannya dengan sempurna?

Kata penceramah,adakah selama usia yang telah dilalui ini kita tak ponteng kerja, kita telah lakukan kerja dengan sungguh-sungguh, kita tak curi masa atau curi tulang semasa kerja, kita tak bawa balik harta2 pejabat (pen, sampul surat, kertas, fail, pemadam atau sebagainya) ke rumah untuk kegunaan peribadi atau keluarga, kita telah lakukan solat, puasa dan ibadah-ibadah lain dengan sempurna?

Jika tidak…. Adakah kita yakin kita dapat habiskan usia kita sehingga ‘ke hujung tali inci’ dan adakah baki tali inci yang tinggal itu dapat menampung kembali apa yang telah kita lakukan atau kita tinggalkan semasa bahagian pertama tali inci tadi? Oleh itu, bermula daripada hari ini, saat ini, detik ini, kita tanamkan dan tekadkan dalam hati serta bulatkan semangat untuk kita ‘habiskan baki tali inci’ kita yang ada lagi ini dengan sesuatu yang lebih baik dan berkualiti. Jadikan titik tanda umur kita pada tali inci sebagai titik permulaan dalam kita merubah diri kita ke arah yang lebih baik samada dalam hubungan kita dengan ALLAH mahupun dengan manusia lain (suami/isteri, anak-anak, ibubapa, anak didik, pengikut-pengikut, ketua, guru, rakan taulan, saudara mara dan saudara seislam kita).

Wallahu’alam.

**untuk memahami dan mendapatkan kesan yang lebih mendalam, anda perlu melihat sendiri ukuran umur anda pada tali inci. Oleh itu, gi la cari tali inci… ahak.

0 comments: